28 July 2011

Hot Dog Paling Mahal Di Dunia


GAMBAR menunjukkan hot dog paling mahal yang dijual
di stadium besbol Roxstadium Brockton, Massachusetts sejak Sabtu lalu.

BROCKTON, Amerika Syarikat - Menu terbaharu, McMullen Dog yang dijual di stadium besbol Roxstadium Brockton, Massachusetts menjadi hot dog termahal di dunia, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Berharga AS$80 (RM235.39), hot dog tersebut yang mengandungi sosej daging lembu yang dimasak dengan minyak truffle, kaviar, serbuk cendawan dan freche krim mula dijual sejak Sabtu lalu.

Roti hot dog tersebut pula dibuat menggunakan gandum yang terbaik yang dibeli dari Cape Cod, sebuah kedai roti eksklusif bersama sos dan mustard istimewa.

Menurut pengurus makanan dan minuman stadium berkenaan, Sander Stotland, walaupun harga tiket hanya AS$15 (RM44.35) dan lebih murah dari hot dog tersebut, ia tetap mendapat sambutan hangat daripada peminat yang datang menyaksikan perlawanan besbol.

Menurutnya, nama McMullen Dog itu diberi sempena nama tukang masak terkenal Atlantic City, Ryan McMullen yang memberi idea mengenai hot dog tersebut. - Agensi.(kosmo online)

27 July 2011

Budak Lelaki Ada 34 Jari Pecah Rekod

NEW DELHI - Seorang budak lelaki berusia setahun di India memecahkan rekod dunia kerana dilahirkan dengan 34 jari tangan dan kaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang jurucakap Guinness Book of Records berkata, Akshat Saxena memiliki tujuh jari pada setiap tangannya manakala setiap kakinya mempunyai 10 jari kaki.

Kanak-kanak berkenaan berasal dari wilayah Uttar Pradesh, utara India. Akshat yang dilahirkan tanpa mempunyai ibu jari menyebabkan doktor kini cuba untuk menggunakan jari yang sudah dipotong bagi menggantikan ibu jari tersebut.

"Saya amat gembira melihat anak saya buat pertama kali kerana dia merupakan cahaya mata pertama kami," kata ibunya, Amrita Saxenakata. "Saya kemudian terkejut melihat jari-jarinya yang banyak," tambah wanita itu.

Didorong oleh seorang rakan mereka, keluarga berkenaan mendaftarkan anak mereka ke dalam Guinness Book of Records menerusi Internet. Rekod untuk kategori tersebut sebelum ini dipegang oleh seorang budak lelaki di China berusia enam tahun yang memiliki 15 jari tangan dan 16 jari kaki.

Kanak-kanak China itu yang namanya enggan didedahkan keluarganya turut menjalani pembedahan untuk membuang baki jarinya. Dia kini mempunyai 10 jari tangan dan 10 jari kaki selepas menjalani pembedahan selama enam setengah jam di sebuah hospital di Shenyang, Liaoning pada Mac lalu.

Satu kajian terbaharu menunjukkan lebihan jari tangan dan kaki itu merupakan sindrom yang dikenali sebagai polydactyly yang jarang berlaku ke atas bayi. - Agensi (sumber: Kosmo Online)