04 January 2011

Mutiara Kata


Mutiara kata ini adalah dikutip daripada internet, sekadar untuk dijadikan kata-kata motivasi buat diri sendiri...


"Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja dan esok hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna..."


"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan yang telah ramai karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan terselamat dari tersesat di lautan kehidupan ini.."


"Keikhlasan itu umpama semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ia wujud tapi amat sukar dilihat..."


"Hidup memerlukan pengorbanan.Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan menentukan kejayaan. Kejayaan menentukan kebahagiaan.."

01 January 2011

Budak 2 Tahun Seperti Anak Patung


KEPULAUAN SHEPPEY - Seorang budak perempuan berusia dua tahun di Britain, Abbie King kelihatan seperti anak patung dan bayi berusia enam bulan, lapor sebuah akhbar semalam.

Abbie menghidap penyakit genetik dinamakan sindrom Russell-Silver yang menyerang seorang bagi setiap 100,000 bayi dan menyebabkan tumbesarannya terhenti.

Walaupun tingginya 0.6 meter dan beratnya tidak sampai 6.3 kilogram, Abbie boleh berjalan, ketawa, bermain dan meragam seperti kanak-kanak biasa.

"Apabila saya mengetahui bahawa tumbesaran Abbie terbantut, saya bimbang dia tidak akan dapat menjalani kehidupan normal," kata ibunya, Emma Smith, 29, seorang bekas pengasuh dari Kent dekat sini.

"Namun, saya kini lega selepas mendapati dia suka bergaul dan nakal seperti kanak-kanak lain," tambahnya. - Agensi(kosmo online)