19 April 2010

Berhati Bersih..




Sentiasa lah memaafkan orang yang pernah membuatkan kita terluka dan menangis. Sentiasalah mendoakan kebahagian serta kejayaan orang lain meski barangkali orang itu telah melakukan perkara yang sangat menyakitkan kita. Hidup tidak hanya dilalui dengan bermuram durja...bukan susah untuk mencari bahagia dan bukan juga susah untuk mencari susah. Hidup ini penuh persoalan yang tidak dapat kita ungkaikan dalam sehari dua. Pasti setiap yang berlaku ada Hikmahnya. Lihat lah..gambar ini...dan tertawa lah kerana kita masih perlu ketawa meski di relung hati hanya Tuhan yang tahu derita yang sedang kita tanggung.









BERHENTI BERHARAP




Aku sudah berhenti berharap...
itu barang kali lebih baik.
Hidup bukan hanya untuk menangis
tetapi juga untuk menikmati ketawa dan riang ria.